Meningkatkan Pengambilan Vitamin C dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme & Kurang Upaya Teruk serta Terlalu Memilih Makanan

Ringkasan

  1. Risiko Kekurangan Vitamin C: Kanak-kanak dengan autisme dan kurang upaya teruk sering mempunyai diet yang terhad, sekaligus meningkatkan risiko kekurangan vitamin C, yang boleh menyebabkan imuniti lemah, masalah kulit,
    masalah gigi, keletihan, dan komplikasi kesihatan serius yang lain.
  2. Strategi Pemakanan untuk Meningkatkan Pengambilan Vitamin C: .Memperkenalkan makanan pejal awal, menggalakkan kepelbagaian makanan, mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan, termasuk jus segar adalah strategi pemakanan yang penting untuk memastikan pengambilan vitamin C mencukupi.
  3. Cadangan Pengambilan Harian dan Sumber Makanan: Keperluan harian vitamin C berbeza mengikut umur. Risalah ini menyediakan contoh makanan kaya dengan vitamin C dan saiz hidangan untuk membantu memenuhi keperluan tersebut.
  4. Teknik Menggalakkan Penerimaan Makanan: Strategi seperti menjadikan makanan menyeronokkan dan biasa, mengubah tekstur dan suhu, “menyorokkan” nutrien dalam makanan kegemaran, dan menggunakan ganjaran positif boleh membantu kanak-kanak yang sensitif deria atau mempunyai diet terhad untuk menerima makanan kaya dengan vitamin C.
  5. Suplemen Vitamin C dan Cara Pembelian: Jika pengambilan daripada diet tidak mencukupi, suplemen boleh digunakan dengan bimbingan
    profesional kesihatan. Risalah ini memberi petua memilih bentuk suplemen yang sesuai serta cara
    mengatasi masalah rasa atau tekstur.

Pengenalan

Vitamin C (asid askorbik) adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kanak-kanak (dan orang dewasa). Ia membantu melawan penyakit, mengekalkan kesihatan kulit, dan melindungi tubuh daripada tekanan. Kebanyakan kanak-kanak boleh memperolehi vitamin C yang mencukupi dengan pengambilan diet seimbang, iaitu yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Kanak-kanak seperti ini tidak memerlukan suplemen. Namun begitu, kanak-kanak autisme atau kurang upaya teruk yang lain sering mempunyai pilihan makanan yang terhad atau sensitivity terhadap tekstur dan rasa. Perbezaan deria ini boleh menyukarkan pengambilan pelbagai jenis makanan, yang boleh meningkatkan risiko yang membawa kepada kekurangan vitamin C (iaitu, skurvi), yang boleh membawa kepada pelbagai masalah:

  • lebih mudah dijangkiti penyakit dan lambat sembuh
  • kulit menjadi kering dan luka lambat sembuh
  • rambut menjadi kering dan bercabang
  • lebam, gusi bengkak atau berdarah, malah kehilangan gigi
  • keletihan, perubahan emosi, atau sakit otot (dan sukar berjalan)
  • sendi bengkak, anemia (kurang darah), dan/atau isu kesihatan lain yang serius

Cara Membantu Anak Anda Mendapat Vitamin C yang Mencukupi

1. Perkenalkan Makanan Pejal Awal: Mulakan makanan pelengkap pada umur enam bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu (atau susu formula bayi). Walaupun kedua-duanya mengandungi vitamin C, mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi / kanak-kanak kecil yang makin meningkat.

2. Galakkan Kepelbagaian: Bantu anak anda meneroka pelbagai jenis makanan lebih awal, dan secara beransur-ansur mencuba pelbagai jenis makanan (untuk keseimbangan dan dengan sederhana), termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Pilih Makanan Segar atau Dimasak dalam Tempoh Singkat:

  • Vitamin C akan hilang apabila makanan disimpan terlalu lama atau terlebih masak (contoh: direbus).
  • Hidangkan buah-buahan segar, salad, atau sayur-sayuran yang dimasak ringan (contohnya, kukus atau tumis).
  • Potong sayur dan buah sejurus sebelum makan atau memasak.

4. Buat Jus: Jus jambu batu atau jus oren yang baru diperah adalah cara yang mudah dan lazat untuk mendapatkan vitamin C.

Cadangan Pengambilan Nutrien Vitamin C

Kumpulan Umur Vitamin C: RNI*
Kanak-kanak kecil (1 – 3 tahun) 30 mg/hari
Kanak-kanak prasekolah (4 – 6 tahun) 30 mg/hari
Kanak-kanak di sekolah rendah (7 – 9 tahun) 35 mg/hari
Remaja (10 – 18 tahun) 65 mg/hari
Orang Dewasa † 70 mg/hari

*RNI = Recommended Nutrient Intake (Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan untuk Makanan & Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017, ISBN: 978-967-12050-4-4); †wanita hamil perlu mengambil tambahan 15% (minta nasihat doktor)

Cara Membantu Kanak-kanak Mengambil Suplemen Vitamin C

Kandungan Vitamin C Makanan Saiz / Hidangan
Buah-buahan:
150mg Jambu batu Separuh biji kecil (100 gm)
70mg Betik Satu hirisan sederhana (100 gm)
50mg Oren Satu biji sederhana (150 gm)
15mg Nanas Satu hirisan kecil (100 gm)
Sayur-sayuran:
65mg Lada benggala merah Separuh biji sederhana (60 gm)
50mg Brokoli Setengah cawan (60 gm)
25mg Kubis bunga Setengah cawan (60 gm)
25mg Tomato Satu biji sederhana (100 gm)

Pastikan diet seimbang turut merangkumi nutrien penting lain seperti zat besi, kalsium, dan vitamin D demi kesihatan menyeluruh; rujuk doktor atau pegawai dietetik jika perlu.

Suplemen Vitamin C

Jadikan Makanan Biasa dan Menyeronokkan
  • Mulakan dengan Kecil: Perkenalkan makanan baru dalam kuantiti kecil bersama makanan kegemaran mereka;
    contohnya, beri sehiris oren bersama snek yang mereka suka..
  • Jadikan Ia Menarik: Susun buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk yang menarik; atur mengikut bentuk-bentuk berwarna, muka senyum, atau pelangi.
  • Mengabungkan Unsur Minat Anak-Anak: IJika anak gemar dengan dinosaur, panggil brokoli sebagai “pokok dinosaur” atau berpura-pura bahawa hirisan oren adalah “duit kuasa”.
Ubahsuaikan Tekstur dan Suhu Makanan
  • Kurangkan Sensitiviti Deria: Jika anak sensitif terhadap tekstur, mulakan dengan versi buah-buahan yang lembut atau lenyek, kemudian perlahan-lahan perkenalkan hirisan mentah.
  • Kisar atau Jadikan Jus: Ada kanak-kanak yang tidak suka makanan ketul atau berserat; buatkan smoothie atau jus segar daripada oren, mangga atau pisang
  • Sembuyikan: Campurkan dengan yogurt atau minuman kegemaran untuk menutup rasa atau tekstur yang tidak
    disukai.
  • Jadikan Puri: Lenyek buah-buahan yang kaya dalam vitamin C menjadi puri lembut.
  • Sejuk vs. Panas: Ada kanak-kanak lebih suka makanan sejuk dan bukan panas; cuba beri hirisan oren sejuk, aiskrim buah-buahan atau kiub jambu batu sejuk beku.
Gabungkan dengan Makanan Kegemaran dengan Cara yang Kreatif
  • Campuran Nutrien ke dalam Makanan yang Biasa: Parut sayur-sayuran seperti lada benggala merah /brokoli ke dalam sos, sup atau kaserol.
  • Bancuh dan Campur: Masukkan lada benggala merah atau lobak halus dalam sos pasta, nasi atau sup.
  • Jus dan Minuman: Buat jus jambu batu atau oren segar dan bukannya menawarkan buah-buahan keseluruhan.
  • Gummi, Jeli atau Ais Pops: Buat jeli buah-buahan, gula-gula getah atau ais pop buatan rumah yang kaya
    dengan vitamin C dengan menggunakan jus buah asli.
Menggunakan Galakan Positif
  • Bagi Pilihan:Libatkan anak dalam pilihan, misalnya “Adakah anda lebih suka oren atau sepotong mangga?”
  • Galakkan Penerokaan: Biarkan anak sentuh, cium dan main sebelum mereka menghidu makanan.
  • Bagi Ganjaran Untuk Percubaan: Jika mereka mencuba makanan baru, bagi pujian kepada anak dan memberi
    ganjaran kecil seperti masa mainan yang lebih.

Suplemen Vitamin C

Sekiranya anak anda tetap menolak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, suplemen boleh dipertimbangkan.

  • Dapatkan Nasihat Profesional: Berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pegawai dietetik sebelum memulakan
    suplemen.
  • Pilih Bentuk Yang Tepat: Suplemen datang sebagai tablet kunyah, cecair atau tablet boleh larut; semak dos dan
    pastikan ia sesuai dengan umur kanak-kanak.
  • Ambil Bersama Makanan: Vitamin C paling baik diambil dengan makanan, terutamanya jika kanak-kanak mempunyai perut yang sensitif..
  • Kekal Terhidrat: Vitamin C adalah larut air; minum lebih banyak air untuk membantu badan menyerapnya dengan
    lebih baik.
  • Elakkan Gabungan dengan Kalsium atau Zink: Mineral-mineral ini boleh mengurangkan penyerapan vitamin C.
  • Bahagikan Dos: Jika perlu, bahagikan dos harian kepada dua (atau lebih) bagi pagi, petang dan/atau malam, untuk
    membantu badan menyerapnya dengan lebih baik dan mengelakkan pembaziran.
  • Elakkan Terlebih Dos: Vitamin C berlebihan kebanyakannya dibuang ke dalam air kencing (iaitu pembaziran), dan
    dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, atau batu karang pada buah pinggang; Pengambilan dos
    perlu berdasarkan saranan.

Cara Membantu Kanak-kanak Mengambil Suplemen Vitamin C

Sesetengah kanak-kanak tidak suka pil atau kunyah kerana rasa, tekstur atau kesukaran menelan mereka. Cuba
strategi-strategi ini:

1. Pilih Bentuk Suplemen yang Sesuai

  • Sirap Supplemen: Campur ke dalam jus atau yogurt.
  • Tablet Kunyah: Pilih yang berperisa yang menyerupai gula-gula.
  • Bentuk Serbuk: Larut dalam air, jus atau susu.
  • Gummi: Sesetengah kanak-kanak lebih suka vitamin C dalam bentuk bergetah.

2. Sembunyikan Rasa

  • Campurkan dengan makanan kegemaran.
  • Hancurkan tablet kunyah dan campurkan menjadi smoothie, pudding atau makan yang disukai.
  • Sembunyikan gummies di dalam snek pilihan.

3. Buat Satu Rutin

  • Beri vitamin pada masa yang sama setiap hari (contoh, sebelum memberus gigi atau aktiviti kegemaran).
  • Sesetengah kanak-kanak bertindak balas dengan baik kepada senarai semak visual yang termasuk “Masa Vitamin” sebagai sebahagian daripada rutin mereka.

4. Gunakan Pendekatan Mesra Deria

  • Sukar Menelan? Potong tablet kunyah kepada kepingan yang lebih kecil atau larutkan dalam makanan yang lembut.
  • Sensitif terhadap Bau? Biarkan mereka menahan hidung semasa menelan atau campurkan suplemen dengan minuman berperisa.

5. Jadikan Ia Satu Permainan

  • Main Peranan: Berpura-pura ia “pil kuasa” adiwira atau “ramuan ajaib”.
  • Carta Pelekat: Hadiahkan mereka dengan pelekat atau bintang setiap kali mereka mengambil suplemen mereka.

Galakan Akhir kepada Ibu Bapa

  • Memastikan kanak-kanak mendapat vitamin C yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mereka, terutamanya jika mereka mempunyai pilihan makanan yang terhad atau sensitiviti deria yang mempengaruhi apa
    yang mereka makan.
  • Menggabungkan kreativiti, kesabaran dan bimbingan profesional boleh membantu kanak-kanak mengembangkan
    tabiat pemakanan yang lebih sihat dari semasa ke semasa.
  • Bersabar – sesetengah kanak-kanak memerlukan pendedahan berulang (10 hingga 15 kali) sebelum menerima
    makanan baharu.
  • Elakkan memaksa – ini boleh meningkatkan rintangan. Sebaliknya, teruskan menawarkan dengan cara yang
    berbeza.
  • Raikan kejayaan kecil – walaupun satu gigitan, itu adalah kemajuan!
  • Rujuk kepada doktor, pegawai diet atau ahli terapi, atau tanya ibu bapa lain yang berpengalaman jika cabaran
    memberi makan berterusan.

Biodata penulis

Artikel disediakan oleh Prof. Dr Toh Teck Hock, Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Sibu, dengan input daripada Puan Koa Ai Ling dan Puan Ima Zatul Iffah Ismail, Pegawai Dietetik dari Hospital Miri dan Hospital Sibu. Ia disemak oleh Dr Teh Siao Hean, Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Umum Sarawak, dan Dato Dr Amar-Singh HSS, Pakar Perunding Pediatrik; Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak / Malaysian Autism Resource Foundation. Kartoon direka oleh Dr Betty Kiew Hua Loon, Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Sibu; dan imej buah-buahan dan sayur-sayuran direka oleh Toh Bock Zien (Eden) dengan menggunakan ChatGPT Dall 3 ultra. Bahasa dipertejemahkan oleh Dr Toh Teck Hock, Puan Ima Zatul Iffah Ismail, dan Cikgu Ana Safiah. (15 Jun 2025). Edisi Baharu 25 Okt 2025.

Terus berhubung!