Derma kepada kami
Sokongan Anda Membantu Komuniti Autisme di Malaysia
ini,Malaysian Autism Resource Foundation (MARF) berdedikasi untuk memperkaya kehidupan individu autistik, keluarga, dan para profesional yang bekerja dalam bidang ini. Kami percaya bahawa dengan sumber yang tepat dan komuniti yang menyokong, setiap individu dalam spektrum autisme boleh merealisasikan potensi penuh mereka. Namun, kami tidak mampu melaksanakannya sendirian, kami memerlukan bantuan anda.
Setiap sumbangan, tidak kira jumlahnya, membantu kami meneruskan dan memperluas usaha penting ini.
Janji Kami kepada Anda
Kami beriltizam mematuhi piawaian tadbir urus dan kebertanggungjawapan yang tertinggi. Lembaga pengarah kami terdiri daripada profesional berpengalaman yang akan memastikan setiap ringgit digunakan secara efektif dan beretika untuk memenuhi misi kami. Kami berjanji untuk telus dalam semua usaha kami dan merancang untuk menerbitkan penyata kewangan tahunan dan laporan impak di laman web kami.
Cara Menderma:
1. Pindahan Bank
Anda boleh memilih untuk membuat sumbangan satu kali secara atas talian atau menetapkan sumbangan bulanan, mengikut kesuaian anda ke akaun bank MARF di bawah:
CIMB Bank
Malaysian Autism Resource Foundation
No Akaun: 8011-11-0380
2. Pindahan DuitNow
3. Cara Lain
Jika anda ingin menghantar cek, sila buat pembayaran kepada Malaysian Autism Resource Foundation dan hantar ke:
Suite 1-16, 1st Floor, Medical Office
Block, 282 Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur.
*Resit boleh disediakan untuk setiap sumbangan. Sila e-mel kami di accounts@marf.org.my dengan bukti pindahan.
Sila ambil perhatian bahawa kami bukan organisasi yang dikecualikan cukai pada masa ini.

